1. ALLAH menjelaskan di dalam al-Quran bahawa buat mereka yang bertakwa, Allah akan mengurniakan cahaya hati buat mereka sehingga mereka berupaya membezakan antara yang hak dan yang batil.
2. Barangkali inilah cahaya yang diungkapkan oleh al-Imam Malik kepada al-Imam al-Syafi’i ketika pertemuan pertama mereka. Kata al-Imam Malik:
إني أرى الله قد ألقى على قلبك نورا، فلا تطفئه بظلمة المعصية
“Sesungguhnya aku dapati Allah telah mengurniakan ke dalam hatimu cahaya, maka janganlah engkau padamkan cahaya yang dikurniakan oleh Allah itu dengan kegelapan maksiat.
3. Ketika menjelaskan mengenai maksud al-Furqan, al-Imam Ibn al-Qayyim menjelaskan bahawa al-Furqan adalah keupayaan seseorang untuk membezakan yang benar dan yang salah berdasarkan cahaya hati yang dicampakkan oleh Allah ke dalam jiwa mereka. Kata Ibn al-Qayyim:
كلما كان قلبه أقرب إلى الله كان فرقانه أتم
“Sesungguhnya selagi dekat hati itu dengan Allah, semakin sempurna cahaya furqan itu.” (I’lam al-Muwaqqi’in)
4. Bertakwalah kepada Allah, semoga Allah mengurniakan buat kita cahaya Furqan yang menghidupkan jiwa.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)