Cara kehidupan LGBT tidak boleh diterima: Dr Mujahid

 

KUALA LUMPUR – Kebebasan hak asasi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tetap terpelihara namun cara kehidupan golongan tersebut tidak dapat diterima kerana melanggar hukum fitrah manusia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, perlindungan dari segi undang-undang sudah cukup supaya mereka tidak disakiti hanya kerana kecenderungan seksual yang tidak mengikut fitrah.

“Jika mereka minta saya untuk memahami lebih mengenai LGBT, saya tidak boleh pergi jauh. Saya tidak boleh menerima cara kehidupan mereka kerana pada saya itu bukan fitrah.

“Kalau pilihan itu peribadi dan buat senyap-senyap, itu antara dia dengan Tuhan. Dalam Islam, saya tidak boleh menerima amalan dan budaya tetapi sebagai pemerintah, saya boleh lindunginya (golongan LGBT) dari sudut hak asasi manusia, ” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen di sini, semalam.

Mujahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai saranan aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir yang mahukan golongan LGBT menerima hak sama dinikmati oleh rakyat negara ini.

Terdahulu, dalam sebuah majlis di Ampang, Marina berkata golongan LGBT itu berdepan diskriminasi dalam kehidupan seharian mereka berdasarkan kepada anggapan dan stigma daripada anggota masyarakat.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu juga berkata, kerajaan telah mendekati golongan transgender melalui beberapa program kerana 80 peratus daripada mereka terlibat dengan industri seks.

Menurutnya, selalu timbul isu mengenai golongan transgender termasuk ahli perniagaan Safiey Ilias dan Nur Sajat hebat diperkatakan kerana terlalu menonjol mendedahkan kehidupan mereka.

“Kita mahu keluarkan mereka daripada aktiviti itu daripada memberi fokus kepada isu pakaian ” katanya golongan LBG tidak ‘mempromosikan’ diri mereka dan hanya melakukan aktiviti secara senyap. Sebaliknya kelompok transgender sangat menyerlah dan perlu dibendung.

Mujahid bagaimanapun terbuka menyertai sesi dialog bersama Marina untuk membincangkan isu berkaitan LGBT.

“Tiada masalah untuk buat dialog tetapi tidak bermakna saya menerima cara dia (Marina).

“Untuk iktiraf supaya mereka keluar dengan lebih terbuka, itu sudah level lain. Kita perlu bincang dan lihat berdasarkan masyarakat, budaya, nilai moral dan paling penting adalah perlembangaan iaitu Islam adalah agama rasmi, ” katanya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts