Cari rezeki kerana arahan Allah SWT

 

1. BILA seseorang sedar bahawa banyak nikmat dunia yang tidak dapat dia kecapi, dia akan beruntung hanya sekiranya dia berusaha untuk tidak terlepas nikmat-nikmat di akhirat.

Oleh itu, apabila kita terlepas nikmat dunia, jangan sesekali melakukan sesuatu yang akan menjadikan kita terlepas juga nikmat akhirat.

Ulama menasihatkan: “Sesiapa yang melihat kepada kesudahan, maka dialah yang akan selamat,”

2. Ramai manusia  tanpa sedar memohon

untuk dirinya akan habuan akhirat daripada Allah SWT.

Dia meminta kejayaan dan kesihatan untuk dirinya dan meminta anaknya supaya lulus dalam peperiksaan juga untuk dunianya.

Lalu apakah habuan akhirat yang dia minta bersungguh-sungguh daripada Allah sebenarnya?

3. Carilah rezeki kerana itu arahan Allah.

Kongsilah dengan manusia tentang usaha mencari rezeki dan galakkanlah rakan-rakan untuk mencari rezeki.

Tetapi,  jangan pamerkan ketakutan kita kepada kefakiran dan jangan sesekali takutkan manusia dengan kefakiran.

Yang menakutkan manusia dengan kefakiran ini hanyalah syaitan supaya manusia gelisah. Sedangkan Allah menjamin rezeki bagi manusia supaya manusia sentiasa tenang.

4. Setiap musibah yang Allah berikan kepada manusia, Dia gantikan dengan nikmat lain.

Tugas manusia adalah mencari nikmat tersembunyi  untuk digunakan sebaiknya ketika musibah.

Tidak akan berlaku sama sekali saiz musibah melebihi saiz nikmat yang Allah berikan. Dengan itulah manusia yang hampir kepada Allah akan bersyukur dengan musibah, sedangkan manusia biasa hanya akan bersabar.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

Presiden ISMA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts