China guna Facebook godam etnik Uyghur di luar negara

 

BEIJING – Facebook mendedahkan syarikatnya telah menyekat sekumpulan penggodam di China yang menggunakan platform berkenaan untuk menyasarkan etnik Uyghur yang tinggal di luar negara.

Syarikat gergasi media sosial itu berkata, penggodam – Earth Empusa atau Evil Eye dalam industri keselamatan, menyasarkan aktivitis, wartawan dan penentang yang didominasi etnik Uyghur – masyarakat muslim yang berdepan penganiayaan di China.

Facebook berkata, terdapat kurang daripada 500 sasaran, di mana sebahagian besarnya berasal dari wilayah Xinjiang, namun tinggal di luar negara seperti Turki, Kazakhstan, Amerika Syarikat, Syria, Australia dan Kanada. 

Difahamkan, sebahagian besar aktiviti penggodaman berlaku dari Facebook dan mereka menggunakan laman web itu untuk berkongsi pautan berbahaya yang bukan secara langsung pada platform. 

“Kegiatan ini mempunyai ciri-ciri operasi yang bersumber dan berterusan, namun belum dipastikan dalangnya,” kata penyiasat keselamatan siber Facebook. 

Menurut Facebook, kumpulan penggodam menggunakan akaun palsu untuk menyamar sebagai wartawan, pelajar, penyokong hak asasi manusia dan komuniti Uyghur bagi membina kepercayaan sebelum berkongsi pautan yang dipasang perisian pengintip pada peranti mereka. 

Katanya, penggodam membuat laman web berbahaya menggunakan domain yang sama untuk laman berita Uyghur dan Turki yang popular sehingga menjejaskan laman web yang sah.

Facebook juga mendapati laman web yang dibuat oleh kumpulan penggodam itu meniru aplikasi Android pihak ketiga dengan aplikasi bertema Uyghur seperti aplikasi doa dan kamus. 

Siasatan Facebook mendapati dua syarikat China iaitu Beijing Best United Technology Co Ltd (Best Lh) dan Dalian 9Rush Technology Co Ltd (9Rush) telah mengembangkan perkakasan Android yang digunakan kumpulan itu.

Setakat ini, Kedutaan Besar China di Washington belum memberikan sebarang respon terhadap dakwaan itu. Beijing secara konsisten menolak tuduhan kegiatan pengintipan siber berkenaan.-  Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts