BEIJING – Pihak berkuasa China sekali lagi melancarkan kempen melarang etnik minoriti Islam berpuasa dan menunaikan ibadah sepanjang bulan Ramadan.
Sekatan itu telah dikuatkuasakan di wilayah Xinjiang sejak tiga tahun yang lalu hingga mencetuskan bantahan kumpulan hak asasi manusia.
Aktivis hak asasi manusia mendakwa pihak berkuasa juga melarang restoran menghentikan operasi mereka sepanjang bulan ini.
Difahamkan, larangan berpuasa dan menunaikan solat itu dikenakan terhadap pekerja, wanita dan golongan pelajar malah akses ke masjid turut disekat.
Ketika bulan Ramadan, pegawai kerajaan juga sengaja menjamu penduduk Islam dengan makanan dan minuman pada waktu siang.
Mereka yang gagal hadirkan diri dianggap sebagai ‘individu mencurigakan’ dan pergerakan mereka mula dipantau.
“Penduduk Islam seluruh dunia telah mula berpuasa. Tetapi, penduduk Uighur di bawah pemerintahan kerajaan China tidak boleh melaksanakan Rukun Islam Ketiga tersebut,” kata Presiden Persatuan Uighur Amerika berpusat di Washington, Ilshat Hassan.
Menurutnya, masyarakat antarabangsa perlu mengambil tindakan segera terutamanya terhadap perbuatan China menahan sehingga sejuta etnik Islam di kem pendidikan semula.
“Dunia Islam terutamanya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu menghukum China atas dasar anti-Islam dan jenayah kemanusiaan dilakukan mereka,” tegasnya lagi. – Sinar Harian
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)