DOHA – Sekumpulan ulama muslim Uyghur dari wilayah Xinjiang, China mendesak negara-negara Islam memberi tekanan kepada China supaya menghentikan ‘perang kebudayaan’ terhadap etnik senegara mereka.
Ketika lawatan ke ibu kota Qatar, Doha, pemimpin daripada Persatuan Ulama Muslim di Timur Turkistan (SMSET) yang berpangkalan di Turki menyatakan, Beijing terbabit dalam pelanggaran hak asasi manusia terhadap etnik Uyghur kerana cuba menghapuskan warisan budaya dan agama mereka.
“Kerajaan China sedang melancarkan perang budaya dengan cuba memaksa kita meninggalkan agama dan warisan, supaya menjadi ateis dan Komunis seperti majoriti masyarakat Cina yang lain,” kata wakil SMSET, Abdel Khaleq Uighur.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan, lebih daripada satu juta etnik Uyghur dan muslim lain diletakkan dalam pusat tahanan besar-besaran di rantau barat China.
China bagaimanapun menafikan tuduhan melakukan penganiayaan ke atas Uyghur dan menganggap kritikan PBB sebagai campur tangan terhadap kedaulatan negaranya.
Pada bulan Januari, China meluluskan undang-undang baharu dalam usaha untuk ‘mencinakan’ orang Islam dalam tempoh lima tahun akan datang. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)