Contohi pentadbiran Rasulullah pupuk perpaduan – Agong

 

“Perpaduan akan terbentuk secara semula jadi menerusi kasih sayang serta hormat menghormati antara rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.

“Baginda juga tidak melupai dan sentiasa menyantuni golongan kurang berkemampuan dan lemah. Ini bagi membolehkan mereka bangkit meningkatkan potensi diri, seterusnya menyumbang kepada masyarakat,” titah baginda.

Mengimbau sejarah, Yang di-Pertuan Agong bertitah, resipi utama pentadbiran Rasulullah SAW terlihat apabila rakyat Madinah merangkumi masyarakat Islam, Kristian dan Yahudi disatukan menerusi pengurusan dan pentadbiran berpandukan toleransi syariat Islam.

“Agama Islam menitikberatkan persaudaraan sejagat dan menuntut pelaksanaan keadilan bagi semua tanpa mengira agama dan bangsa.

“Melalui pendekatan ini, hak individu dan masyarakat sama ada yang beragama Islam atau sebaliknya akan sentiasa terpelihara.

“Inilah pengajaran yang dibawa Rasulullah SAW untuk dijadikan teladan oleh pemimpin dan generasi masa kini,” titah baginda.

Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Al-Sultan Abdullah berharap rakyat dapat menghayati dan mengamalkan ajaran Islam serta menjadikan Baginda sebagai contoh teragung.

Titah baginda, kehalusan akhlak Rasulullah dapat memandu dalam memelihara sahsiah diri untuk menjadi bangsa disegani.

“Kebijaksanaan Baginda boleh kita jadikan panduan ke arah pembentukan sebuah negara rahmah yang bersatu padu.

“Kita sudah mempunyai ‘role model’ yang terhebat lagi agung untuk diikuti, janganlah kita mensia-siakannya tanpa mengambil iktibar daripada kehidupan Rasulullah SAW,” titah baginda. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts