Contohilah wanita pejuang dalam sejarah Islam

 

BANGI – Berjuang dan contohilah kecekalan wanita pejuang di dalam sejarah Islam, yang berpegang teguh kepada akidah dan maruah meskipun diuji dengan kematian.

Selari dengan tema Hari Wanita: ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’, kekuatan dan kecekalan wanita pejuang seperti Siti Hajar, Masyitah, Zinnirah, Asiah dan Khaulah wajar dijadikan contoh serta ikutan.

Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Dr Suriani Sudi berkata, walaupun berdepan pelbagai cabaran dan tekanan, namun semua pejuang tersebut tetap berpegang dengan prinsipnya.

“Hidup ini penuh dengan perjuangan. Untuk menang dalam perjuangan, wanita perlu berpegang dengan prinsip.

“Contohilah kekuatan jiwa Masyitah yang tetap teguh dengan akidah walau diuji dengan kezaliman Firaun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Begitu juga Siti Hajar, kata Dr Suriani, jiwa kental beliau menghadapi kepayahan saat ditinggalkan di padang pasir dengan anak kecil, dan hanya berbekalkan sebekas kurma serta sekantung air bukanlah mudah untuk dilalui.

“Apabila bekalan Siti Hajar habis, berlari-larilah Siti Hajar antara bukit Safa dan Marwa mencari-cari air.

“Mana mungking seorang yang tidak punya jiwa yang kental mampu melalui kepayahan-kepayahan tersebut,” katanya. -Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts