COVID-19: Kemuliaan, kekuatan sebenar milik Allah SWT

 

BANGI – Wabak pandemik COVID-19 yang menyerang dunia termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia merupakan peringatan Allah SWT bahawa kekuatan manusia di muka bumi adalah kerdil.

Presiden Berjasa, Prof Datuk Ir Dr Badrulhisham Abd Aziz berkata, Allah SWT telah menghantar makhluk yang tak kelihatan, di mana satu dunia termasuk kuasa besar tidak mampu untuk mengawal atau mengatasinya, meskipun menggunakan segala kekuatan persenjataan, kekayaan dan teknologi.

“Bagaimanpun, penduduk di negara ini seharusnya perlu lebih banyak menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT berikutan keadaan di Malaysia adalah lebih baik dan beruntung berbanding kebanyakan negara-negara lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Badrulhisham berkata, kehadiran COVID-19 dan PKP dalam bulan Ramadan wajar diinsafi kerana segala kemuliaan, kebesaran dan kekuasaan adalah milik Allah SWT.

Beliau berkata, Ramadan menuntut umat Islam berubah, yakni keluar dari rutin seharian yang lebih penting daripada perubahan ‘new normal’ akibat daripada PKP.

“Ramadan juga mengajar kita untuk bersungguh-sungguh mencapai matlamat akhir iaitu bertaqwa dan ini dapat dicapai jika kita berazam untuk berubah serta istiqamah dalam melakukan amal ma’aruf, nahi mungkar.

“Perubahan yang dituntut adalah bermula dengan diri kita, kemudian keluarga dan masyarakat seterusnya kepada negara,” katanya.

 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts