ISTANBUL – Masjid di Turki dibuka semula untuk solat berjemaah, semalam, selepas lebih dua bulan ditutup dalam langkah kerajaan melonggarkan lagi sekatan ketat yang dilaksanakan sebelum ini bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Turki beralih kepada ‘normal baharu’, mulai bulan ini, dengan melonggarkan peraturan perintah berkurung, termasuk membenarkan pasar raya dan kedai gunting rambut beroperasi semula.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, berkata banyak lagi tempat lain seperti restoran, kafe, perpustakaan, taman dan pantai, akan dibuka semula mulai Isnin ini.
Ratusan jemaah memakai pelitup muka dilihat menunaikan solat Jumaat di luar Masjid Biru di Istanbul untuk kali pertama selepas masjid itu ditutup pada Mac lalu.
Jemaah turut memenuhi pekarangan dan ruang solat di dalam Masjid Fatih, manakala petugas dilihat mengedarkan cecair pembasmi kuman serta sejadah pakai buang.
Seorang jemaah, Gulcek Uyanik, 55, mengaku dirinya berada sangat gembira.
“Sudah lama saya menunggu detik ini, malah tidak putus-putus berdoa. Ia umpama satu kelahiran baharu, Alhamdulillah kerana Allah SWT membawa kami kembali ke sini,” katanya.
Seorang lagi jemaah, Asum Tekif, 50, pula berkata: “Sudah begitu lama… kami merindui masjid.”
Turki yang mempunyai 83 juta penduduk, merekodkan 4,489 kematian dan 162,120 kes jangkitan COVID-19 yang disahkan, setakat ini. – bharian
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)