Cuci kuil akibat banjir bercanggah syariah

1. Cuci kuil akibat banjir yang dilakukan oleh beberapa orang Islam pada saya adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan syariah. Kuil adalah tempat mensyirikkan Allah. Membantu mengimarahkan tempat mensyirikkan Allah dalam apa juga keadaan adalah haram. Ini perkara yang jelas dimaklumi oleh semua orang Islam tanpa perlu disenaraikan dalil-dalil yang panjang tentangnya.

2. Dakwaan darurat menghalalkan perbuatan tersebut adalah satu yang mengarut. Darurat yang menghalalkan perkara haram berlaku jika melibatkan nyawa. Jika isunya adalah menyelamatkan mangsa terperangkap dalam kuil yang hampir musnah kerana banjir, itu boleh diterima. Tapi yang dibincangkan di sini adalah isu cuci.

Dalam isu kuil tersebut, jika orang Islam tak cuci, orang bukan Islam lambat laun akan cuci. Jika tidak ada sesiapa pun cuci, kuil yang terbiar dengan kesan banjir tidak akan membawa kepada kematian warga pun. Lalu di mana daruratnya?

3. Jangan sebut nama Dr Yusuf Qaradhawi dan pelbagai jenis fiqh; aulawiyat ke, muwazanah ke dan sebagainya. Jangan juga baca dalil umum untuk halalkan perbuatan yang dilarang oleh dalil khusus. Orang belajar syariah semua faham kaedah ini.

4. Nama Dr Yusuf Qardhawi boleh dipetik kalau dia sendiri turun cuci kuil depan patung agama Hindu. Setakat kata-kata umum dia, adalah tidak amanah untuk mengambil kata-kata umum Dr Yusuf Qardhawi untuk disandarkan kepada kes cuci kuil ini. Dia bercakap isu lain, kenapa pandai-pandai kaitkan kata-kata dia dengan isu cuci kuil?

5. Segala macam fiqh awlawiyat (prioriti), muwazanah (pertimbangan) dan sebagainya … semua itu bergantung kepada dalil atau nas. Mana ada ulama ambil hukum berdasarkan awlawiyat dan kemudian mengenepilkan nas? Nas atau dalillah yang menentukan awlawiyat, muwazanah dan sebagainya.- Ismaweb

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts