Dahulukan aspek keselamatan dalam depani pandemik

 

BANGI– Dalam berdepan pandemik COVID-19, keselamatan diri, keluarga dan masyarakat perlu didahulukan.

Menyuarakan saranan itu, Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni meminta rakyat sentiasa meletakkan keutamaan terhadap keselamatan diri, keluarga dan masyarakat dalam apa juga keadaan.

“Ambillah apa juga langkah yang boleh bagi memastikan keselamatan fizikal dan emosi sepanjang pandemik COVID-19 ini.

“Jangan ambil apa-apa tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan seperti seruan untuk menyertai Hartal Doktor Kontrak dan yang seumpamanya kerana ia hanya akan menyebabkan sistem kesihatan negara yang tidak stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ustaz Fauzi turut meminta budaya saling membantu sama ada individu ataupun pertubuhan sosial dalam masyarakat dihidupkan.

Katanya, apabila kerajaan sudah tidak mampu menjaga kebajikan rakyat, kewajipan itu sudah berpindah ke atas bahu rakyat.

“Maka menjadi kewajipan pimpinan masyarakat seperti pimpinan pertubuhan sosial bukan kerajaan, jawatankuasa penduduk, jawatankuasa masjid, surau dan sebagainya untuk menggerakkan agensi masing-masing dalam membantu meringankan beban rakyat,” katanya.

Selain itu, beliau juga menggesa rakyat bersedia dari sekarang untuk membuat pilihan terbaik dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Jelasnya, tindakan itu boleh dilakukan dengan memilih pemimpin negara yang mempunyai hati perut dan boleh disandarkan nasib serta harapan.

“Jangan biarkan pisang berbuah dua kali dan jangan terjerumus ke lubang biawak buat ke sekian kali,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts