1. SEMALAM akbar Harian Metro melaporkan berita penahanan sepasang suami isteri beragama Kristian yang menyebarkan risalah Kristian kepada umat Islam di Klinik Kesihatan Bukit Kuda, Klang.
2. Kejadian pendakyah Kristian yang menyebarkan risalah dan dakyah mereka kepada umat Islam bukanlah suatu perkara yang baharu. Sebelum ini pada 6 Nov 2018, Menteri Agama YB Mujahid telah mengesahkan berlakunya aktiviti menyebarkan Bible kepada murid beragama Islam di sekolah.
3. Kegiatan dakyah Kristian ini semakin lama menampakkan kesungguhan mereka mendekati kaum Muslimin. Sebelum ini mereka berusaha menggunakan kalimah Allah dalam Bible mereka. Kemudian Bible diterjemah dan diedarkan pula kepada murid Muslim. Hari ini risalah-risalah mereka semakin disebar secara terbuka.
4. Tindakan Rasulullah yang pernah melarang Saidina Umar dari membaca Bible menunjukkan kesungguhan Rasulullah dalam menangani isu ini. Bukan kerana lemahnya iman Saidna Umar, tetapi sebagai langkah pencegahan awal.
5. Menurut al-Imam al-Nawawi, penyelewengan maklumat serta perubahan kandungan kitab- kitab terdahulu ini menjadi punca mengapa Muslim seharusnya mengelakkan diri dari membaca Bible serta risalah mereka. Kata beliau:
وكتب التّوراة والإِنجيل : ممّا يحرم الانتفاع به ، لأنّهم بدّلوا وغيّروا
“Dan kitab-kitab Taurat dan Injil, adalah sesuatu yang tidak boleh seseorang itu mendapat manfaat daripadanya kerana kandungannya telah diubah dan diseleweng” (Raudah al-Talibin, 10/259).
6. Perkembangan ini amat membimbangkan. Dengan sebab itu, Majlis Agama Islam Selangor pada tahun 2014 sendiri pernah mendedahkan agenda gerakan Kristian di Malaysia. Pendedahan yang dilakukan oleh MAIS ini pada saya adalah satu dokumen wajib dimiliki oleh setiap Muslim. Boleh di download di pautan MAIS ini:
7. Benarlah firman Allah di dalam al-Quran bahawa golongan Kristian dan Yahudi ini tidak akan reda dengan Islam. Mereka tidak akan jemu mendekati kaum Muslimin sehinggalah kita ikut agama mereka.
8. Perhatikan anak-anak kita Tuan-Puan. Nasihatkan mereka agar menjauhkan diri dari dakyah yang mengelirukan mereka serta yang menjauhkan mereka dari Islam.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)