BANGI – Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menempelak tindakan ultra kiasu yang mempertikai undangan Dr Zakir Naik ke program Malam Islam Bersatu di Masjid Cina di Melaka Sabtu ini.
“Nak bersama Zakir Naik dalam masjid pun perlu minta kebenaran ultra kiasu DAP? Saya tak tahu nak cakap apa. Melampau. Apakah sampai peringkat nak solat jemaah dengan siapa kita kena dapat kebenaran ultra kiasu?
“Mana maruah Islam? Apa sudah jadi? Islam agama Persekutuan. Tapi nampak gaya hidup matinya ditentukan kafir ultra kiasu.
“Kita tidak pernah campur tangan, jenis patung apakah yang hendak dipacak, ditokong, walaupun kadang kala mengganggu, tapi tiba-tiba dalam soal kita nak bersolat berjemaah dengan Zakir Naik perlu dapat kebenaran,” katanya kesal dengan sikap biadap ultra kiasu yang seolah-olah tidak menghormati umat Islam.
Beliau berkata demikian mengulas desakan pemimpin parti tamak dan haloba, DAP, Kerk Chee Yee menggesa semua pihak di Melaka mengikut semangat dan keputusan ketua menteri untuk mengharamkan Dr Zakir Naik daripada berceramah di negeri itu.
Dakwanya, walaupun Zakir Naik tidak berceramah pada majlis itu, beliau merupakan individu yang menimbulkan kontroversi antara masyarakat Malaysia.
“Semua pihak daripada Kerajaan Negeri Melaka harus bertindak mengikuti semangat (act in spirit) keputusan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari yang mengharamkan Zakir berceramah di Melaka supaya kesejahteraan masyarakat dapat dipelihara,” katanya.
Terdahulu, tersebar poster “Malam Islam Bersatu” yang memaparkan gambar Zakir dan Pengerusi Masjid Cina Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen dalam satu majlis yang akan diadakan pada 7 September ini.
Mohd Rafiq yang juga Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri Melaka berkata, program berkenaan bukan dianjurkan kerajaan atau parti politik, sebaliknya dianjurkan Masjid Cina Melaka.
“Polis dan Kerajaan Melaka hanya melarang Dr Zakir Naik berceramah dan bukannya melarang beliau hadir program ibadah seperti solat fardhu berjemaah dan ibadah sunat yang lain,” katanya. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)