Daulah Madinah: Kekuatan melalui kesatuan

richard-wilding-saudi-arabia-madinah-003-1

 

Bila disebut Hijrah Ar-Rasul pastinya kita akan memperingati kesan terbesar peristiwa itu iaitu pembentukan Daulah Islamiyyah pertama di Madinah. Bahkan Umar Al-Khattab sendiri telah memilih tahun hijrah untuk dimulakan kalendar Islam kerana simboliknya bermula sebuah kekuatan Negara Islam.

Menurut Syeikh Dr Abdul Qadir Abu Faris, seorang ulama siyasah syar’iyyah dari Jordan, umat Islam di Madinah pada awal penubuhan Daulah Islamiyyah Madinah adalah seramai lebih kurang 17% sahaja daripada penduduk Madinah, yang mana majoritinya adalah musyrikin dan Yahudi!

Persoalan yang harus difikirkan bersama bagaimana umat Islam pada waktu tersebut dapat membentuk sebuah negara sedangkan mereka adalah kelompok minoriti di Madinah?

Rahsia ini dihuraikan Syeikh Abu Faris dalam kitabnya Fi Zilal As-Sirah An-Nabawiyah : “Sesungguhnya Nabi s.a.w tidak melihat kaum Yahudi waktu itu sebagai satu umat tetapi yang didapati adalah mereka seperti pelbagai kabilah yang tiada kaitan dengan antara satu sama lainnya, maka sebaliknya umat Islam semuanya dari Aus, Khazraj dan Muhajirin menjadi suatu umat yang teguh.”

Dengan kabilah-kabilah Yahudi yang secara politiknya berpecah maka umat Islam minoriti yang bersatu ini menjadi suatu gerakan politik yang lebih kuat, lalu Rasulullah s.a.w mendahului yang lain dengan mengumpulkan semua pemimpin-pemimpin Madinah dan terus mengutarakan Piagam Madinah, yang akhirnya mereka terpaksa akur kerana kekuatan wewenang yang dimiliki Rasulullah s.a.w. Maka jadilah Rasulullah s.a.w seorang ketua negara dalam keadaan partinya adalah sebuah parti minoriti!

Inilah kuasa kesepakatan yang tidak disedari oleh umat Islam kini, dalam keadaan minoriti jika bersatu sudah membentuk wewenang apatah lagi jika yang bersatu itu adalah majoriti.

Ustaz Ahmad Nu’man Mazlan

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts