Demi cinta pandang pertama, akhirnya lelaki ini bersama Islam

 

INI adalah kisah seorang lelaki bernama Bogart Lamprey. Apabila Lamprey, 32, pertama kali melihat seorang gadis berjilbab bernama Noora Al Matori, 31, di kafe Wagga Wagga, dia terus jatuh cinta pandang pertama.

Dia menghabiskan selama enam bulan untuk ke kafe itu dengan harapan dia akan berjumpa dengan Noora Al Matori, dan akan cuba bercakap dengannya.

“Setiap kali saya berada di kedai saya bertanya kepada wanita tua yang bekerja di sana mengenai Noora,” kata Encik Lamprey.

Dia akhirnya mempunyai peluang bercakap dengan Noora dan mengajaknya minum kopi, tetapi untuk Noora, dia sukar untuk menerima pelawaan tersebut.

Tetapi pada tahun-tahun mereka mengenali sebagai sahabat, Lamprey sedar bahawa jika dia mahu bersama dengan Noora, dia perlu melakukan perkara-perkara dengan cara tradisional.

Lamprey beritahu, “Saya mendapat tahu dan memahami budaya Islam, saya memeluk dan mempelajari al-Quran setiap malam dan masuk Islam.”

Ketika Lamprey menceritakan pengislamannya pada keluarga, mereka fikir saya akan keluar dari rumah dan menyertai ISIS. Mereka tidak gembira awalnya tetapi lama kelamaan mereka akur dengan keputusan ini.

Kemudian Lamprey memohon pada Noora untuk berjumpa ayah Noora bagi meminta izin untuk berkahwin, dan moga dengan itu, dia akan mempertimbangkannya.

Puan Noora menceritakan:

“Apabila saya memberitahu ayah saya bahawa Bogart Lamprey ingin mengahwini saya dan mahu datang rumah untuk meminang saya, ayah saya memutuskan untuk pergi bercuti selama tiga bulan dan tidak memberikan kata putus apapun.

Sebenarnya ayah saya ketika itu nak lihat sama ada Bogart Lamprey, masih tetap dengan pendirian untuk berkahwin atau berpaling dan pergi.”

Lamprey kembali untuk mengadakan pertemuan dengan bapa Noora, dan kali ini dia membawa keluarganya bersama-sama dengannya.

Dan akhirnya ayah Noora memberi persetujuan ‘ya’.

Apabila perkahwinan semakin dekat, kedua-dua keluarga berkongsi dan berbincang idea untuk meraikan adat dan tradisi keluarga baru.

Keluarga berdua memutuskan untuk berusaha melibatkan diri dalam budaya orang lain. Mereka semua berkumpul untuk meraikan budaya dan perayaan satu sama lain.

Ia adalah hubungan yang matang dan menghormati antara satu sama lain.

Kredit: Projek Borneo YI

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts