Desak serangan maut dihentikan, tentera Zionis berundur dari Gaza

Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) berikrar tidak akan membebaskan mana-mana tebusan Israel dalam tawanan sehingga tuntutannya dipenuhi.

Hamas menuntut Israel menghentikan serangan maut dan pengunduran pasukan itu dari Semenanjung Gaza untuk sebarang perjanjian pertukaran tebusan dengan Tel Aviv.

“Kami juga menuntut penduduk yang dipindahkan boleh kembali ke rumah mereka dan disediakan semua bantuan serta tempat tinggal yang diperlukan, pembinaan semula wilayah dan menamatkan kepungan.

“Hamas tidak akan membebaskan mana-mana tebusan Israel sehingga semua matlamatnya tercapai,” kata pemimpin politik Hamas, Khaled Meshaal dalam satu acara di Jordan.

Qatar, Mesir serta Amerika Syarikat (AS) menjadi pengantara antara Hamas dan Israel untuk mencapai gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tebusan antara kedua-dua belah pihak.

Hamas menahan lebih 130 tebusan Israel, manakala Tel Aviv menangkap lebih 9,100 warga Palestin di penjaranya.

Isnin lalu, Majlis Keselamatan PBB (UNSC) meluluskan resolusi gencatan senjata segera di Gaza untuk bulan Ramadan.

Walaupun Hamas mengalu-alukan resolusi itu, Israel menolak gesaan gencatan senjata dan berikrar untuk meneruskan perangnya ke atas wilayah Palestin.- Agensii

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts