QATAR – Syeikh Dr Ali Qurrahdaghi, Setiausaha Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia mempersoalkan sikap sebahagian kelompok yang mengaku sebagai ulama namun berdiam diri saat maruah umat Islam dihina dengan tindakan seorang Yahudi yang masuk dan mengambil gambar di Masjid Nabawi.
“Di manakah ulama yang sebelum ini yang menyatakan akan berpegang pada kebenaran dan mengaku kononnya langsung tidak takutkan selain Allah SWT?”
Foto seorang warganegara Israel menjadi tular dan mendapat kecaman di laman sosial kerana bergambar di Masjid Nabawi, Madinah.
Lelaki yang bernama Ben Tzion itu dilaporkan memuatnaik gambar tersebut di laman Facebooknya.
Tindakannya itu, menimbulkan kemarahan netizen hingga tercetusnya hashtag tular berbahasa Arab menyatakan “Seorang Zionis di Masjid Nabi”.
Ramai yang menyatakan kekecewaan mereka melihat gambar sedemikian. – muis.org.my
www.indahnyaislam.my