Diam dalam kerja dakwah penyelamat banyak perkara

 

Makin lama dalam kerja dakwah di dalam NGO, makin saya faham kenapa diam adalah penyelamat banyak perkara. Tetapi bukan mudah untuk seseorang mengambil pendekatan mendiamkan diri.

Diam perlukan kekuatan diri menahan gejolak nafsu amarah untuk membela diri ketika diserang. Adakalanya diam itu sendiri adalah sebaik-baik pertahanan diri. Orang bijak tahu sama ada diam atau bertindak lebih selamat dalam situasinya. Tapi tak semua orang ada kebijaksanaan itu.

Diam juga perlu kesabaran menahan jiwa yang inginkan pujian orang ramai. Manusia secara tabienya suka disanjung. Tetapi adakalanya lari dari sanjungan itu lebih sejahtera untuk kerja yang sedang dilakukannya. Mendidik jiwa supaya redha dengan perhatian Allah sahaja memang bukan suatu yang mudah. Siapa berjaya mencapainya, dialah yang akan selamat.

Dalam hadis Rasulullah ﷺ pernah mengingatkan umatnya:

استعينوا على قضاء حوائجكم بالكتمان فإن كل ذي نعمة محسود

“Mintalah pertolongan dalam menunaikan hajat-hajat kamu dengan berahsia. Sesungguhnya setiap yang dikurniakan nikmat akan dicemburui.”

Di antara nikmat Allah kepada seseorang yang dicemburui adalah kepercayaan orang ramai. Jagalah nikmat itu dengan sikap diam. Bercakaplah ketika perlu.

Guru saya di Mesir dulu pernah berkata ketika mengajar tatabahasa Arab (nahu wa sorof). Oleh kerana setiap baris hujung perkataan akan memberikan makna yang berbeza, dia kata matikan baris itu ketika bercakap itu lebih selamat. Katanya:

تسكن تسلم (taskun taslam)

Sekarang saya rasa kaedah itu lebih luas dari sekadar isu i’rab kalimah.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
 Presiden ISMA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts