Didik anak mengenali Sahabat Nabi SAW

 

1. Jangan biarkan anak kita hanya mengenai superman, ultraman atau spiderman sahaja. Perkenalkan mereka dengan Sahabat Nabi. Mereka adalah hero yang sebenar. Hero mestilah mempertahankan Islam. Ajarkan mereka Sirah Sahabat Nabi.

2. Al-Imam Ibn Kathir merekodkan kata-kata Ali ibn Husain (sebahagian menyatakan Sa’d ibn Abi Waqas) menyebut bahawa: Kami mempelajari tentang selok belok kehidupan dan Sirah peperangan Nabi (al-Maghazi) sepertimana kami mempelajari al-Quran. Kata Ali:

كنا نُعلَّم مغازي النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ كما نعلم السورة من القرآن ”

“Sesungguhnya kami mempelajari peperangan (Sirah) Rasulullah seperti mana kami mempelajari Surah daripada al-Quran.

3. Begitu juga Ibn Uqayl yang mendatangi Jabir ibn Abdulullah, seorang sahabat yang masyhur. Ibn Uqayl bertanyakan kepada Jabir tentang sirah Rasulullah lalu ditulisnya bagi tujuan generasi akan datang.

4. Al-Imam al-Zuhri pula menegaskan bahawa mempelajari sejarah Baginda adalah ilmu yang merangkumi dunia dan akhirat. Dari aspek dunianya, ia membina jati diri anak tersebut, dan dari segi akhiratnya ia mudah-mudahan akan ditempatkan bersama para Nabi. Kata al-Imam al-Zuhri:

. وكان الزهري يقول : علم المغازي والسرايا علم الدنيا والآخرة
“Kata al-Imam al-Zuhri: Sesungguhnya ilmu sejarah peperangan Nabi (Sirah Rasulullah) adalah ilmu buat bekalan dunia dan akhirat.”

5. Kecuaian kita dalam perkara ini barangkali menghasilkan generasi yang meletakkan penilaian yang tidak benar berhubung idola dalam kehidupan mereka sehingga menjadikan artis sebagai idola mereka.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts