RASULULLAH SAW mendidik umatnya untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT dengan sebaik-baik doa antaranya adalah doa berikut:
ما من دعوة يدعو بها العبد، أفضل من: اللَّهم إني أسألك المعافاة في الدنيا والآخرة
Tiada doa yang dimohon dengannya oleh seseorang hamba lebih baik daripada doa: Ya Allah aku memohon pemeliharaan di dunia dan akhirat. Hadis riwayat Ibnu Majah.
Rasulullah SAW menganjurkan umat Islam untuk memohon keselamatan di dunia dan akhirat. Inilah sesuatu yang amat diingini oleh manusia.
Syeikh Al-Munawi berkata: Al-‘Afiyah adalah keselamatan daripada penyakit dan bencana. Ianya juga menghimpunkan dua keselamatan iaitu di dunia dan akhirat. Al-‘Afiyah akan mencegah sesuatu penyakit yang ada di jiwa maupun dalam tubuh manusia.
Syeikh Al-Mubarakfuri berkata: Al-‘Afiyah adalah pemeliharaan Allah SWT terhadap hambaNya.
Semoga kita sentiasa melazimi doa ini untuk Allah SWT memelihara kita di dunia daripada segala perkara yang mengancam agama dan nyawa kita samada fitnah aqidah, penyakit, ancaman orang-orang jahat dan wabak. Kita juga memohon pemeliharaan Allah SWT di akhirat berupa kesejahteraan daripada dosa dan maksiat serta keselamatan daripada azab api neraka.
Ustaz Shuhaib Ar-rumy Selamat
Ahli Jawaankuasa Pusat ISMA
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)