Dr Khalif: Liberal ingin menghapuskan hakikat Malaysia adalah Darul Islam

drkhalif

 

Alam Melayu telah menjadi Darul Islam sejak sekitar seribu tahun yang lalu dan hukum Islam telah dilaksanakan di semua kerajaan-kerajaan Islam seperti Pasai, Kedah, Terengganu (lihat batu bersurat Terengganu), Melaka, Demak, Chirebon, Banten, dan lain-lain sehinggalah Riau Lingga pada abad ke-19.

Program sekularisasi yang dilakukan oleh penjajah telah berhasil memisahkan mahkamah Shari’ah daripada mahkamah sivil dan menghadkan kuasa mahkamah Shari’ah pada perkara ahwal shakhsiyyah, kahwin cerai, dsb.

Program sekularisasi ini begitu hebat di Filipina dan Indonesia sehingga bukan sahaja sistem kehakiman Islam terhapus malah sistem kesulatanan juga dihapuskan. Di Malaysia, oleh kerana para Sultan masih berdaulat maka mahkamah Shari’ah juga dapat dipertahankan.

Sewajarnya sebagai seorang Muslim kita mahu sistem kehakiman Islam ini terus diperkasa demi kemaslahatan umat Islam, sesuai panduan al-Qur’an dan al-Sunnah.

Program sekularisasi yang didokong oleh golongan sekular-liberal ingin menghapuskan hakikat bahawa Malaysia adalah Darul Islam. Sebaliknya mereka mahu agar Malaysia mencontohi Indonesia yang menekankan kesamarataan semua agama meskipun umat Islam di sana melebihi 80%.

Pindaan Akta 355 tidaklah sempurna, banyak lagi aspek yang lain yang memerlukan perhatian kita, akan tetapi ia adalah satu peluang untuk kita memperkasakan sistem kehakiman Islam di negara ini.

Anda perlu memilih sama ada ingin bersama golongan sekular-liberal yang memperjuangkan sekularisasi ataupun bersama majoriti umat Islam yang mahukan program Islamisasi yang telah bermula seribu tahun yang lalu itu diteruskan.

Dr Khalif Muammar

Sumber: https://www.facebook.com/drkhalif/posts/1314218741931392

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts