Dr Zakir Naik tidak dibenarkan beri ceramah di semua medium

 

KUALA LUMPUR – Dr Zakir Naik tidak dibenarkan memberi ceramah di semua medium termasuk media sosial.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata kepada Bernama News Channel (BNC) larangan Dr Zakir Naik memberi ceramah di seluruh negara terpakai sehingga siasatan selesai.

Terdahulu, tujuh negeri antaranya Melaka, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak telah melarang ceramah oleh Zakir.

 

 

Semalam, penceramah itu selesai memberi keterangan kali kedua kepada polis selepas hampir 10 jam di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini.

Jumaat lalu, Zakir memberi keterangan kali pertama bermula pukul 3 petang hingga 7 petang untuk membantu siasatan berhubung beberapa laporan polis dibuat terhadap dirinya. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
3 comments
  1. Moga siasatan ini dilakukan secara adil tanpa tekanan mana2 pihak. Dan result siasatan pasti akan lengkap. Sama macam kes rogol amah, ada report terus siasat.

    Kami saudara seakidah dgn Dr Zakir Naik menunggu dgn tidak lupa berdoa kpd Allah, tunjukkan kebenaran Dan serlahkanlah kebathilan. Allahu Akbar.

  2. Semoga dipermudahkan oleh Allah segala urusan Ustaz Dr Zanir Naik. Semoga dakwah beliau tidak terhenti disini sahaja.. Perjuangkan Dakwah Islam ini dimana sahaja berada.. InshaAllah.. Amiin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts