Dua beradik cuci 192 masjid di Malaysia, selesai misi akhirat

12806217_250673475267031_7047603041583967072_n

2-Dua-Beradi-Cuci-192-masjid-Di-Malaysia-Selesai-Misi-Akhirat-VITDAILY

4-Dua-Beradi-Cuci-192-masjid-Di-Malaysia-Selesai-Misi-Akhirat-VITDAILY

 

Tahniah diucapkan kepada dua beradik dan juga rakan mereka kerana telah berjaya menamatkan misi akhirat mereka dengan mengembara sejauh 2,730 kilometer mencuci 192 masjid seluruh negara dalam masa 145 hari.

Annas Aiman Jaffry bersama adiknya Muhammad Aidil telah melaksanakan ‘Kembara Sahabat Borneo’ bermula 18 Mac lalu dan berakhir sekitar Sabah, Sarawak, dan Brunei baru-baru ini.

Sementara itu, rakan mereka Hizamuddin Alidin, 25, tidak dapat menyertai perjalanan ke Malaysia Timur kerana komitmen beliau di Semenanjung.

Tidak dinafikan perasaan kami pada awalnya bimbang dan takut kerana ia kali pertama menjejakkan kaki di bumi Borneo malah ada yang tidak mengetahui mengenai kembara masjid dilaksanakan kami sebelum ini”

“Namun apabila diberi penerangan lanjut kehadiran kami diterima baik malah mereka berasa seperti ‘diziarahi’ terutama dikawasan pedalaman,” katanya kepada Harian Metro.

Awal tahun ini (2016), dua beradik dan seorang sahabat mereka ini telah mendapat perhatian warga laman sosial apabila telah bergerak sendiri dalam menjayakan Kembara Cuci Masjid di Semenanjung. Tahniah sekali lagi buat mereka bertiga kerana mampu melakukan perkara yang bukan semua orang mampu lakukan.

Sumber: http://vitdaily.com/dua-beradik-cuci-192-masjid-di-malaysia-selesai-misi-akhirat/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
2 comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts