Dua “Celaka” di permulaan surah

  1. Dalam al-Quran, terdapat dua surah yang dimulakan dengan perkataan “celaka” iaitu Surah al-Mutaffifin dan juga Surah al-Humazah. Surah pertama tersebut mencela sikap menipu timbangan dan surah al-Humazah pula mencela sikap menjatuh maruah seseorang.
  2. Kedua-dua perkara ini merupakan kecelakaan terbesar dalam kehidupan manusia. Andai manusia menzalimi saudaranya yang lain dengan mengambil harta mereka dengan jalan yang salah, maka mereka tidak mempunyai jalan pengampunan melainkan dengan memohon dihalalkan harta tersebut dari Tuan badan.
  3. Peniaga yang menipu, pengambil rasuah atau penghutang yang tidak membayar hutangnya. Maka golongan ini adalah yang paling rugi kerana mengambil harta manusia dengan jalan zalim. Rasulullah SAW berpesan kepada para sahabat agar segera menunaikan hutang. Ia dibimbangi akan menyebabkan perhitungan amalan seseorang tidak akan selesai selagi hutangnya tidak diselesaikan. Sabda Rasulullah:

نَفْسُ المُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

“Jiwa (ruh) seorang mukmin itu akan tergantung disebabkan hutangnya sehinggalah hutang tersebut ditunaikan.” (HR al-Tirmizi, dinilai Sahih oleh al-Albani)

  1. Manakala bagi mereka yang tidak menjaga kehormatan manusia dengan mencela, mencaci bahkan mencalar maruah manusia, maka golongan ini turut mendapat celaan dari Allah. Sekalipun mungkin ayat ini diturunkan ke atas al-Akhnas bin Sharik yang mencaci dan mencerca Rasulullah, namun pengajarannya bersifat umum.
  2. Kita dilarang mencaci, mencerca dan mengaibkan manusia apatah lagi memalukan mereka di khalayak. Media sosial pada hari ini dipenuhi dengan fitnah saling memalukan dan menjatuhkan antara sesama manusia. Semoga peringatan al-Quran ini menjadi pedoman buat diri kita.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts