Dua saintis Palestin dibunuh di Algeria

 

ALGIERS – ALGERIA: Dua saintis Palestin ditemui mati dipercayai dibunuh di Algiers, menurut Kedutaan Palestin di Algeria, pada Ahad.

Mayat Suliman al-Farra, 34, dan Mohammed Albana, 35, dari Khan Younis di Genting Gaza dijumpai di apartmen al-Farra di Zeralda terletak di pinggir ibu negara.

Siasatan awal mendapati, punca kematian kedua-dua mereka adalah akibat terhidu gas atau terkena kejutan elektrik.

Agensi berita di Gaza melaporkan mereka dipercayai mati dua hari sebelum penemuan mayat kedua-duanya yang dibuat selepas jiran mangsa tercium bau gas di sekitar bangunan terbabit.

Difahamkan, salah satu mayat itu ditemui berhampiran pintu manakala seorang lagi terbaring di katil.

“Kami tidak mempunyai butiran lanjut tentang kejadian itu. Kami menjangkakan pihak berkuasa di Algeria dan Kedutaan Palestin di negara itu akan melakukan segala yang perlu untuk menjelaskan apa yang telah berlaku,” kata abang Albana.

Sejak beberapa tahun lalu, beberapa saintis Palestin telah dibunuh di seluruh dunia dan kebanyakan kes dikaitkan dengan agensi risikan Israel, Mossad.

April lalu, gerakan Jihad Islam mendakwa Mossad menjadi dalang di sebalik insiden pembunuhan seorang pensyarah Palestin di Malaysia.

Pakar dron, Mohamed al-Zawari turut maut akibat ditembak di hadapan kediamannya di bandar El-Ain terletak kira-kira tujuh kilometer di utara Sfax, Tunisia pada 15 Disember 2016.

Sayap tentera Hamas, Briged al-Qassam mendakwa Israel mendalangi pembunuhan ke atas Zawari yang menjadi anggota kumpulan itu selama 10 tahun selain mengawasi program dron mereka. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts