Pada 4 Mei setiap tahun, anggota bomba dan penyelamat akan menyambut Hari Bomba Sedunia bagi memperingati tugas serta jasa mereka kepada masyarakat.
Umum sedia tahu bahawa ramai anggota bomba di negara kita telah terkorban semasa bertugas dan kisah-kisah mereka amat diingati sehingga ke hari ini.
Paling diingati sudah tentu tragedi rusuhan kuil di ibu kota sehingga mengakibatkan seorang anggota bomba PB Muhammad Adib bin Mohd. Kassim terkorban.
Kenangan allahyarham PB Adib
Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang anggota bomba yang menggunakan nama Silatang Bugis di Facebook, dia telah berkongsi beberapa gambar barangan peninggalan allahyarham Adib yang disimpan kemas di balai bomba tempat terakhir Adib bertugas.
Memorial khas buat Adib
Dalam perkongsian tersebut, satu rak khas yang menyimpan pakaian ketika Adib bertugas di balai bomba tersebut telah diabadikan di suatu sudut sebagai tanpa mengenang jasa wira itu.
Dari uniform, sut PPE serta selipar allahyarham telah dipamerkan sebagai tatapan kepada mereka yang datang melawat balai bomba Subang Jaya.
Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat sumber, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Facebook dengan berharap agar kematian Adib dapat dibela.
Mereka turut menzahirkan ucapan takziah dan menyedekahkan al-Fatihah buat allahyarham Adib serta barisan anggota bomba yang telah gugur semasa bertugas. – ohmedia
Semoga pemergian Adib terus terbela
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)