Duit dah ada, antara tunaikan haji atau berkahwin dulu?

Melihat jumlah duit yang ada, sudah cukup untuk pergi menunaikan haji. Tinggal lagi, mahu atau tidak untuk berbuat demikian dalam musim berkenaan.

Namun, entah mengapa hati berbisik untuk menggunakan wang tersebut bagi melangsungkan perkahwinan pula.

Dilema dibuatnya dan hati pula berbelah bahagi. Masakan tidak, kedua-dua perkara itu begitu penting buatnya.

Bukan mudah menyimpan wang sebanyak itu. Apatah lagi ia memerlukan mujdah yang tinggi dan tempoh panjang untuk dikumpulkan.

Bagaimana jika seseorang mempunyai wang yang mencukupi untuk perbelanjaan haji, tetapi dia juga ingin berkahwin?

Meskipun demikian, ibadah haji merupakan satu kewajipan yang mesti dilaksanakan bagi golongan berkemampuan.

Jika dilihat hukum nikah yang terbahagi kepada lima iaitu harus, wajib, sunat, makruh dan haram, semuanya bergantung kepada individu berkenaan.

“Andai dia mampu untuk menahan dirinya dan tidak terburu-buru untuk berkahwin, maka hendaklah dia mengerjakan haji terlebih dahulu,” katanya sebagaimana dipetik menerusi Maktabah Albakri.

Ia sebagaimana firman ALLAH SWT: “Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap ALLAH, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barang siapa mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya ALLAH MAHA KAYA (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (Surah Ali Imran, ayat 97)

Berdasarkan dalil itu, agamawan tersebut menjelaskan, ibadah haji dan umrah hanya wajib ke atas orang yang berupaya dan berkemampuan.

JIKA seseorang mampu untuk menahan dirinya dan tidak terburu-buru untuk berkahwin, maka hendaklah dia mengerjakan haji terlebih dahulu.

“Semua harta tersebut mestilah lebihan daripada jumlah hutangnya dan perbelanjaan ahli keluarga semasa ketiadaannya,” katanya.

Bagaimanapun, jelas mantan Mufti Wilayah Persekutuan itu, andai orang itu khuatir tidak mampu untuk menahan dirinya daripada melakukan kemaksiatan, maka hendaknya dia mendahulukan perkahwinan bagi mengelakkan kemudaratan lebih besar.

Mudah kata, semuanya terpulang kepada diri masing-masing. Tepuk dada, tanyalah hati. Semoga pilihan yang bakal kita buat nanti memberikan kebaikan kepada diri dan agama.

jumlah duit yang ada, sudah cukup untuk pergi menunaikan haji. Tinggal lagi, mahu atau tidak untuk berbuat demikian dalam musim berkenaan.

Namun, entah mengapa hati berbisik untuk menggunakan wang tersebut bagi melangsungkan perkahwinan pula.

Dilema dibuatnya dan hati pula berbelah bahagi. Masakan tidak, kedua-dua perkara itu begitu penting buatnya.

Bukan mudah menyimpan wang sebanyak itu. Apatah lagi ia memerlukan mujahadah yang tinggi dan tempoh panjang untuk dikumpulkan.

Bagaimana jika seseorang mempunyai wang yang mencukupi untuk perbelanjaan haji, tetapi dia juga ingin berkahwin?

Meskipun demikian, ibadah haji merupakan satu kewajipan yang mesti dilaksanakan bagi golongan berkemampuan.

Jika dilihat hukum nikah yang terbahagi kepada lima iaitu harus, wajib, sunat, makruh dan haram, semuanya bergantung kepada individu berkenaan.

“Andai dia mampu untuk menahan dirinya dan tidak terburu-buru untuk berkahwin, maka hendaklah dia mengerjakan haji terlebih dahulu,” katanya sebagaimana dipetik menerusi Maktabah Albakri.

Ia sebagaimana firman ALLAH SWT: “Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap ALLAH, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barang siapa mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya ALLAH MAHA KAYA (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (Surah Ali Imran, ayat 97)

Berdasarkan dalil itu, agamawan tersebut menjelaskan, ibadah haji dan umrah hanya wajib ke atas orang yang berupaya dan berkemampuan.

JIKA seseorang mampu untuk menahan dirinya dan tidak terburu-buru untuk berkahwin, maka hendaklah dia mengerjakan haji terlebih dahulu.

“Semua harta tersebut mestilah lebihan daripada jumlah hutangnya dan perbelanjaan ahli keluarga semasa ketiadaannya,” katanya.

Bagaimanapun, jelas mantan Mufti Wilayah Persekutuan itu, andai orang itu khuatir tidak mampu untuk menahan dirinya daripada melakukan kemaksiatan, maka hendaknya dia mendahulukan perkahwinan bagi mengelakkan kemudaratan lebih besar.

Mudah kata, semuanya terpulang kepada diri masing-masing. Tepuk dada, tanyalah hati. Semoga pilihan yang bakal kita buat nanti memberikan kebaikan kepada diri dan agama. – Sinar Islam Plus

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts