Dunia tangisi pemergian ‘malaikat rahmat Pakistan’ Abdul Sattar Edhi

Abdul-Sattar-Edhi

 

PENGASAS badan kebajikan terbesar di Pakistan, Edhi Foundation, Abdul Sattar Edhi meninggal dunia pada Jumaat di Karachi, lapor Agensi.

Berusia 88 tahun, Abdul Sattar meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang yang berlarutan sejak tahun 2013.

Selepas ibunya meninggal dunia diserang angin ahmar ketika Abdul Sattar berusia 19 tahun, dia mula mengabdikan hidupnya membantu golongan miskin dan tidak berupaya.

Abdul Sattar terkenal dengan pelbagai gelaran seperti ‘malaikat rahmat’ dan ‘manusia miskin terkaya di dunia’.

“Kehilangan besar buat Pakistan dan dunia”

Netizen seluruh dunia terutamanya warga Pakistan menyifatkan pemergian Abdul Sattar sebagai kehilangan besar.

Jasa dan komitmennya dalam bidang kemanusiaan meninggalkan kesan mendalam di Pakistan.

Yayasan Edhi

Segalanya bermula apabila Abdul Sattar melihat seseorang terlantar di tepi jalan akibat demam selesema yang teruk tanpa rawatan.

“Saya letak beberapa bangku di tepi jalan dan ajak pelajar perubatan untuk membantu secara sukarela. Saya tiada wang, jadi saya mengemis di jalanan dan orang ramai membantu,” ujarnya dalam satutemubual bersama NPR pada tahun 2009.

Kini Yayasan Edhi menguruskan hospital, rumah anak yatim, rumah mayat, pejabat bantuan guaman, dan rumah perlindungan untuk gelandangan dan penagih dadah.

Yayasan tersebut turut diiktiraf sebagai pembekal perkhidmatan ambulans terbesar di dunia dengan lebih 2,000 buah ambulans yang beroperasi 24 jam.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-dunia/dunia-tangisi-pemergian-malaikat-rahmat-pakistan-abdul-sattar-edhi-110513

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts