Rasulullah ﷺ pernah berpesan kepada kita beberapa asas penting dalam berinteraksi dengan manusia. Berdasarkan al-Quran dan hadis, ini adalah di antara empat adab yang perlu kita jaga sepanjang berinteraksi di dalam media sosial iaitu:
- Bercakap atau menulis perkara yang baik dan memberikan manfaat sahaja.
- Meninggalkan perdebatan atau segala perkara yang tidak bermanfaat.
- Bercakap perkara yang kita tahu sahaja. Kita bukan pakar semua perkara.
- Menyemak maklumat dahulu sebelum kita menyebarkannya.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)