Erdogan gesa sekatan ekonomi Sudan ditarik balik

 

KHARTOUM: Presiden Recep Tayyip Erdogan semalam menggesa sekatan ekonomi ke atas Sudan ditarik balik sepenuhnya, lapor agensi berita Xinhua.

“Sekatan itu merompak masa depan negara itu,” katanya dalam ucapan pada majlis penganugerahan Doktor Kehormat Undang-Undang kepadanya oleh Universiti Khartoum semalam.

Beliau mengulangi sokongan negaranya kepada Sudan, berkata Turki akan terus berdiri bersama-sama rakyat negara itu.

“Kami akan terus menyokong rakyat Sudan pada masa depan, seperti sebelum ini.

“Kasih sayang saudara kami di Sudan membuatkan kami berasa seperti berada di Istanbul, negara kami, bukan di Khartoum,” katanya.

Pada 6 Oktober lalu, Amerika Syarikat memutuskan menarik balik sekatan ekonomi ke atas Sudan tetapi masih mengekalkan negara itu dalam senarai negara menyokong keganasan.

Erdogan tiba di ibu negara Sudan itu kelmarin sebagai persinggahan pertamanya dalam lawatan ke Afrika yang turut membawa beliau ke Chad dan Tunisia. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts