ISTANBUL – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyebut bahawa demonstrasi memperingati Hari Wanita Antarabangsa di Istanbul pada hari Jumaat lalu tidak menghormati Islam kerana mereka berteriak ketika suara azan sedang dikumandangkan.
Ribuan wanita pendukung feminisme berkumpul di Istanbul untuk memprotes kekerasan terhadap perempuan di Turki. Para polis berjaga untuk mengawal keadaan demonstrasi.
Dalam sebuah siaran televisyen pada hari Ahad, Erdogan menunjukkan sebuah video yang diambil ketika protes berlaku. Para wanita dilihat bernyanyi-nyanyi, sementara sebuah masjid berdekatan sedang mengumandangkan azan untuk solat.
“Mereka menghina azan dengan menjerit, bernyanyi dan bersiul,” kata Erdogan.
Namun, wanita yang terlibat mengatakan bahawa nyanyian dan bersiul adalah sebahagian dari acara demonstrasi, dan tidak dimaksudkan untuk azan.
Polis Turki secara teratur mencegah protes di Istanbul dan di tempat lain. Ankara memperketatkan pembatasan setelah berlakunya aturan darurat selepas percubaan kudeta pada tahun 2016. Aturan darurat dibatalkan Julai lalu. – Reuters
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)