Erti hidup bertuhan

Nullifiers-of-Prayer

 

Asas kepada hidup bersendikan syarak adalah melihat diri sebagai seorang hamba yang mesti tunduk dan patuh dengan suruhan Tuhan.

Bila kita mula memisahkan asas ini, maka kita akan bermudah-mudah melencong, terpesong, dan terjerumus dalam kancah tipudaya syaitan yang menjerat kita dalam permainan dunia, berasaskan perspektif bahawa manusia punyai ‘satu kuasa’ yang mampu berdiri sendiri tanpa syarat perhambaan dan undang-undang Tuhan.

Saya kira perkara ini boleh dikira menjadi salah satu permasalahan pokok dalam menilai isu-isu semasa.

Kita nak selesaikan masalah, tapi tak mahu pula rujuk apa kata syarak dan wahyu dalam masalah itu.

Kita lebih suka rujuk akal kita yang terhad, nafsu kita yang melulu, hati kita yang tak terpandu, dan semangat kita yang terburu-buru.

Kembalilah kepada tujuan penciptaan, kenapa kita diciptakan ? Bukalah dan tadabburlah seruan-seruan Al-Quran, percayalah padanya terdapat seribu satu kunci pintu penyelesaian.

Saya percaya semua daripada kita mahu menyelesaikan masalah yang sedia ada.

Tapi saya juga yakin bahawa tak semua orang tahu caranya yang betul, apatah lagi berapa kerat pula yang mampu dan sanggup tampil memberikan jalan penyelesaian ?

Jangan terjerat dengan situasi dan persepsi, takut-takut mengorbankan diri dan meninggalkan jalan menuju cita-cita tertinggi.

Wallahua’lam

Ustaz Ahmad Syamil Md Esa

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts