FaceApp : Elakkan tukar wajah jantina walaupun sekadar gambar

 

Tindakan menukar wajah kepada jantina berbeza walaupun sekadar dalam bentuk gambar adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan umat Islam dan sebaiknya dielakkan sama sekali, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, meskipun manusia pada masa kini mencapai kemajuan dengan teknologi serba canggih, merubah ciptaan Allah walaupun bukan secara langsung pada fizikal manusia itu disifatkan beliau sebagai tindakan yang tidak baik.

Malah katanya, tindakan itu antara lain boleh menjatuhkan maruah serta mewujudkan manipulasi dalam keadaan tidak benar terhadap sebaik-baik ciptaan Allah.

“Sebab itu, jika kita lihat, setiap manusia yang hidup mempunyai nama masing-masing untuk membezakan antara satu sama lain termasuklah dari segi jantinanya.

“Apabila wajah ditukar apatah lagi lelaki diwanitakan atau sebaliknya, konsep yang sepatutnya yang mana kita kenal identiti manusia itu akan berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai aplikasi menukar wajah kepada jantina lain yang ‘trending’ di media sosial kebelakangan ini.

Dr Zulkifli berkata, Allah menciptakan manusia dengan menyatakan: “Kami ciptakan manusia ini sebaik-baik kejadian,” maka sebab itu tindakan berkenaan dilihat seperti melanggar etika kemanusiaan.

“Allah sebutkan dalam al-Quran: “dan Kami telah muliakan keturunan anak Nabi Adam,” yang mana kalimah itu memberi makna banyaknya kelebihan manusia dari segi akalnya, wajahnya, jadi, walaupun sekadar gambar atau video, elakkanlah.

“Dari sekeping wajah manusia, tuhan cipta riak marah, suka, sedih menggunakan wajah yang sama, betapa luar biasanya ciptaan ini, berbanding kambing, lembu dan sebagainya yang tidak pula Allah berikan kelebihan ini,” katanya. – hmetro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts