Fahaman asing punca akidah umat Islam rosak

dr-norsaleha-perwanis-2016-768x547

 

SHAH ALAM, Selasa – Kemasukan pengaruh asing dan falsafah Greek adalah penyebab kecelaruan pemikiran umat Islam sekaligus membawa kepada kerosakan akidah.

Ketua Wanita Isma, Dr Norsaleha Mohd Salleh berkata, umat Islam di negara ini juga dinasihati agar berhati-hati dengan gerakan humanisme yang semakin menjalar di negara ini.

“Gerakan humanisme membawa ideologi yang menolak kuasa tuhan dan meletakkan sifat manusia itu adalah segalanya tanpa sebarang pegangan agama,” katanya ketika pembentangan bertajuk ‘Penghayatan Akidah dan Pembentukan Peribadi Wanita Muslimah di Malaysia’ di Dewan Perdana, Grand Bluewave Hotel sempena Persidangan Wanita Islam Antarabangsa (Perwanis) 2016 di sini hari ini.

Dalam pembentangannya, Dr Norsaleha yang juga Ketua Jabatan Usuluddin, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mendatangkan contoh pemikiran Barat seperti pemikiran Albert Bandura yang boleh mengancam pemikiran.

“Contohnya konsep yang diketengahkan oleh Albert Bandura yang menggalakkan ibu bapa untuk jangan berkata ‘tidak’ kepada anak-anak.

“Jika kita ikut konsep Bandura itu, rosaklah akidah anak-anak kita pada hari ini kerana kita tidak dapat berkata ‘tidak’ kepada mereka sebaliknya hanya membiarkan mereka melakukan apa sahaja yang mereka suka,” jelasnya.

Bercakap di hadapan 150 orang peserta, Dr Norsaleha turut menyeru wanita Islam untuk lebih memahami akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah supaya tidak terpesong dan mudah terpedaya dengan gerakan humanisme serta pengaruh asing.

“Antara sifat ahli Sunnah Wal Jamaah adalah sentiasa tunduk secara zahir dan batin kepada Allah SWT, wajib berpegang dengan wahyu dalam sesuatu perkara dan menolak ekstremis dalam agama,” katanya lagi.

Malah beliau menegaskan agar seluruh umat Islam terutama sekali wanita Islam supaya mengahayati pegangan akidah yang sebenarnya supaya dapat mendidik keluarga dengan ajaran Islam yang sebenar.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/04/fahaman-asing-punca-akidah-umat-islam-rosak-ketua-wanita-isma/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts