Faisal Tehrani fitnah Syed Naquib al-Attas saran ajar Syiah di sekolah

 

TELAH beredar satu fitnah daripada Faisal Tehrani bahawa Prof. al-Attas menyarankan agar Syiah dipelajari di sekolah di Malaysia.

Ia sering memberi isyarat bahawa Prof. al-Attas adalah seorang Syiah atau pendokong ajaran Syiah. Semua yang pernah belajar secara langsung dengan Prof. al-Attas tahu dengan pasti bahawa ia adalah satu pembohongan dan fitnah yang keji.

Untuk pengetahuan, di ISTAC dahulu kami ada pensyarah dari Iran yang pakar dalam bidang-bidang tertentu. Kami juga ada pensyarah Orientalis dari Belanda, Jerman dan lainnya. Mereka datang ke ISTAC kerana sifat keterbukaan Prof. al-Attas yang mahu masyarakat terpelajar (mahasiswa pascasarjana) terbuka fikiran, dan tidak mengambil sikap xenophobic.

Imam al-Ghazali mempelajari falsafah Yunani sebelum menulis tentangnya dan mengkrtik ahli falsafah di zamannya. Ini juga sikap yang kami cuba amalkan di CASIS, sekarang ada pelajar kita yang mengkaji pemikiran seorang tokoh Syiah di Iran. Kita tidak takut pelajar akan terpengaruh kerana mereka telah dibekalkan dengan ilmu dan worldview yang mantap.

 

 

Kepada para pensyarah yang datang dari Iran Prof. al-Attas berpesan agar mereka tidak memberi ceramah kepada orang awam di Malaysia. Mereka tidak sepatutnya cuba untuk menyebarkan fahaman Syiah di Malaysia, kerana ia akan menimbulkan ketegangan dan memperparah permusuhan. Itu mereka faham dan ikut.

Pernah beliau mengatakan kepada orang Iran bahawa jika mereka betul-betul mencintai Ahlul Bayt, mereka tidak perlu menjadi Syiah, kerana kami Ahlul Bayt sendiri tidak berfahaman Syiah. Melihat kepada sikap beliau ini maka amat mustahil beliau menyarankan agar ajaran Syiah di ajarkan di sekolah, kerana beliau amat jelas tentang penyelewengan dalam Syiah sebagaimana digambarkan oleh para Imam Ahlussunnah wal Jama’ah. Tidak ada keraguan bahawa beliau adalah seorang Sunni, bahkan banyak kali beliau tegaskan perkara ini.

Profesor Madya Dr. Khalif Muammar A Harris
Pengarah CASIS UTM

Sumber: https://web.facebook.com/drkhalif/posts/2678952788791307

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts