Fakta asas mengenai Masjid al Aqsa

Al Aqsa – Jantung dan Hati Umat Sejagat

Masjid al Aqsa bukan sekadar sebuah masjid untuk rakyat Palestin, mahu pun sebuah masjid untuk diimarahkan oleh orang-orang Arab semata-mata tetapi Masjid al Aqsa adalah merupakan ‘jantung dan hati’ kepada umat Islam sejagat. Apa tidaknya ;

1.  Masjid al Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam.

2.  Masjid al Aqsa adalah masjid yang ke-2 dibangunkan di muka bumi selepas Masjid al Haram

3.  Masjid al Aqsa adalah masjid yang ke-3 suci di sisi Allah selepas Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi.

4.  Masjid al Aqsa adalah tempat di’Israk’kan Rasulullah daripada Mekah ke Baitul Maqdis, sebelum Baginda di’Mikraj’kan ke langit yang ke-7.

5.  Peperangan akhir zaman yang berlaku di muka bumi ini adalah di sekitar Baitul Maqdis, tempat terletaknya Masjid al Aqsa sekarang.

Namun begitu, dari masa ke semasa kita dapati masih ramai di kalangan umat Islam yang masih keliru dengan beberapa fakta asas mengenai Masjid al Aqsa yang mulia ini. Fakta-fakta asas ini amat penting untuk digarap bersama agar tidak membantutkan sebarang usaha mulia dalam perjuangan yang besar, panjang dan berliku bagi mendapatkan kembali hak kita terhadap Masjid al Aqsa.

Masjid yang mempunyai kubah berwarna kuning keemasan ni ialah Masjid Qubbah as Sahra’ atau Dome of the Rock yang juga dipanggil sebagai Masjid Kubah Batu (Bahasa Malaysia) .

Ia juga kadang-kalanya dipanggil sebagai Masjid an Nisaa (Masjid Wanita) kerana kerap digunakan oleh para jamaah wanita di zaman sekarang. Bangunan masjid ini telah dibina oleh Khalifah Abdul Malik Bin Marwan pada tahun 69-75 Hijrah dan masjid ini adalah SEBAHAGIAN daripada keseluruhan Masjid al Aqsa.

Masjid yang berkubah hijau tua itu namanya ialah Masjid Qibli atau Masjid Jumaah (kerana digunakan sebagai masjid utama ketika solat Jumaat) miski pun ada sebahagian kecil orang yang memanggilnya sebagai Masjid al Aqsa. Masjid Qibli ini juga adalah sebahagian daripada keseluruhan Masjid al Aqsa.

Masjid al Aqsa (Haram as Syarif) adalah keseluruhan kawasan masjid yang dikelilingi oleh kawasan tembok yg dibina (diwarnakan dengan lakaran garisan warna hitam) yang turut melingkupi Masjid Qubbah as Sahra’, Masjid Qibli, Masjid Umar, Musolla Marwani dan lain-lain. Sehinggakan kawasan yang diduduki oleh pepohon zaiton itu juga dikira sebagai sebahagian daripada Masjid al Aqsa.

Adapun begitu, fakta yang lebih penting untuk difahami dan diinsafi oleh kita semua ialah, Masjid al Aqsa kini telah dinodai kesuciannya setelah ia dijajah oleh regim zionis Israel sejak Jun 1967 lagi. Mereka sedang meng’Yahudi’kan Masjid al Aqsa, sebagai persiapan untuk mereka membina ‘The Soloman Temple’ dan pembinaan the Greater State of Israel.

Sekiranya anda merasakan bahawa fakta asas ini penting untuk memahamkan rakan-rakan atau saudara anda tentang fakta sebenar mengenai Masjid al Aqsa, sila ‘SHARE’ (kongsikan) bersama mereka.

Kesimpulan :

Mari kita fokuskan usaha, pemikiran, jihad, pengorbanan, kesatuan umat dan doa munajat agar kita semua dipilih oleh Allah swt sebagai hamba-hambaNya yang istimewa sebagaimana yang pernah diberikan kepada generasi terdahulu yang berjuang bersama Umar al Khattab dan Solahuddin al-Ayyubi sehingga berjaya membebaskan Masjid al Aqsa dan bumi Palestin yang diberkati Allah ini.

Salam perjuangan,

Zainur Rashid Z

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts