Fatwa haram Syiah tidak silap: Timbalan Mufti Perak

 

IPOH: Tidak ada keperluan bagi pihak berkuasa agama untuk menarik balik fatwa mengenai pengharaman ajaran Syiah di negara ini kerana ia tidak silap, kata Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim.

Malah, katanya, ulama terdahulu seperti Imam Malik, Imam Ahmad, Imam al-Qurtubi, al-Bukhari dan Imam al-Ghazali sudah terlebih awal menfatwakan golongan Syiah itu terkeluar daripada ajaran Islam sebenar.

“Asas fatwa ini cukup kuat kerana golongan ini bercanggah dari sudut akidah syariat dan akhlak.

“Rukun Islam Syiah tidak sama dengan rukun Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti terkandung di dalam kitab rujukan mereka iaitu Usul al Kafi (jilid dua hal 20).

“Di dalam kitab ‘Fashlul Khitab fi Tahrif Kitabi Rabbil Arbab’ menyatakan bahawa al-Quran yang ada telah diselewengkan,” katanya kepada NSTP hari ini.

 

 

Semalam, aktivis sosial, Dr Chandra Muzaffar menggesa pembatalan fatwa tahun 1996 yang menetapkan Syiah sebagai ajaran yang menyimpang daripada Islam.

Chandra memberitahu sebuah portal berita, bahawa beliau percaya fatwa itu tersilap dan penganut fahaman Syiah tidak bertentangan dengan Islam kerana seperti pengikut mazhab Ahli Sunnah, mereka menerima al-Quran sebagai wahyu dan beriman dengan Allah.

Zamri berkata, golongan Syiah mengkafirkan isteri dan sahabat Nabi SAW, mengamalkan nikah mutaah atau kahwin kontrak.

Katanya, perkara berkaitan nikah mutaah sudah tentu akan merosakkan kemuliaan penjagaan nasab.

“Fahaman ini jika berleluasa akan menyebabkan umat Islam yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah akan berkonfrontasi dan menyebabkan kegusaran kepada masyarakat Islam.

“Ini kerana menurut fahaman mereka seperti dinukilkan dari kitab mereka ‘Ikmal ad Din’, orang yang tidak percaya dengan Imam ghaib lebih kafir daripada iblis.

“Bahkan di dalam kitab mereka ‘Biharul Anwar’ mengatakan halal darah Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Beliau berkata, dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, ciri berkaitan ajaran Syiah itu perlu didedahkan kepada masyarakat Islam supaya akidah mereka terselamat daripada kesesatan. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Manusia paling kaya

  JIWA manusia tidak pernah cukup dengan harta dunia. Manusia sentiasa mengejar kekayaan sekalipun apa yang telah ada disisinya…