Fatwa yang dilihat pelik, kerana nak baiki perangai manusia yang makin pelik.

 

APABILA kita melihat dan meneliti pandangan ulamak dalam isu-isu tertentu, jangan terlalu awal meletakkan spekulasi tertentu. Lihatlah dulu apa yang sedang berlaku, dan cuba fahami (kalau tak faham pun takda masalah) bahawa dia sedang menyelesaikan satu permasalahan tertentu.

Permasalahan yang ekstrem memerlukan pandangan yang keras bagi membetulkannya menjadi pada titik pertengahan yang terpuji.

Sepertimana hukuman makin keras berkadaran dengan kesalahan, demikian juga fatwa dan pandangan makin menusuk dan mendidik berkadaran dengan jauhnya jiwa manusia daripada keadaan asal (fitrah).

Tujuan syarak adalah mengekalkan manusia atas titik wasatiyah, tidak berlebihan dan tidak pula berkurangan. (Asy-Syatibi)

Jadi ulamak perlu bijak dalam mengurus masalah yang berlaku, bukan semata-mata berpegang kepada ‘hukum asal’ yang sesuai pada juga ‘keadaan asal’, tetapi perlu melihat apakah keadaan yang berlaku itu keadaan asal atau sudah berubah.

Jika keadaannya sudah berubah, hukumnya perlu juga berubah kerana setiap hukum itu ada tujuannya. Bagi mencapai tujuan tersebut, ulamak perlu mengeluarkan satu pandangan dalam keadaan terkecuali untuk keadaan yang bengkok itu.

Jika hukum asal masih digunapakai, sedangkan keadaan sudah pun ke laut, maka hakikatnya ulamak hanyalah menjauhkan manusia daripada iltizam syarak, lalu menjauhkan mereka daripada Allah SWT.

Sifir ini terpakai pada kebanyakan keadaan, khususnya pada norma masyarakat yang kita anggap ia norma yang diwarisi, sedangkan masyarakat kita hari ini sudah pun bertukar uruf dan adatnya.

Wallahua’lam bissawaab.

Ustaz Syamil Esa

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts