Feminis liberal jangan fitnah Rasulullah!

 

1. Ada seorang feminis liberal mendakwa Rasulullah bersenang-senang beribadah di Gua Hira dengan meninggalkan isteri dan anak Baginda di rumah. Sehingga menyatakan bahawa perlakuan Baginda Nabi inilah yang dituruti oleh sebahagian Muslim hari ini yang meninggalkan keluarga mereka untuk keluar atas jalan Allah. Ini adalah satu fitnah yang berat!

 

No photo description available.

 

2. Pertamanya, pemergian Rasulullah bukanlah untuk bersenang-senang beribadah sahaja, bahkan berdasarkan riwayat Ibn Ishaq, Baginda turut menjalankan kerja kebajikan sosial buat orang-orang miskin di Mekah. Kata Ibn Ishaq:

فَكَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يُجَاوِرُ ذَلِكَ الشَّهْرَ مِنْ كُلَّ سَنَةٍ يُطْعِمُ مَنْ جَاءَهُ مِنَ الْمَسَاكِينِ

“Sesungguhnya Rasulullah berjiwar (beriktikaf) pada bulan Ramadan (di Gua Hira) pada setiap tahun dan Baginda turut memberi makan kepada orang miskin yang datang kepadanya.”

3. Bahkan tindakan Nabi yang beribadah di Gua Hira ini adalah satu rutin yang Baginda sering lakukan yang telah menjadi kebiasaan yang difahami oleh isteri Baginda. Kata Ibn Ishaq:

في رواية ابن إسحاق أنه صلى الله عليه وسلم كان يُجاور -أي يعتكف- في غار حراء في شهر رمضان من كل سنة

“Dan di dalam riwayat yang dinyatakan oleh Ibn Ishaq, Baginda Nabi “berjiwar” (beriktikaf) di dalam Gua Hiran pada bulan Ramadan setiap tahun.”

4. Jadi jelas di sini bahawa pemergian Rasulullah ke Gua Hira bukanlah untuk bersenang-senang atas kepentingan peribadi Baginda bahkan Baginda menjalankan khidmat sosial dengan membantu orang miskin. Malah Khadijah turut memahami keadaan Baginda yang beriktikaf tersebut sehingga Khadijah sendiri yang menyediakan makanan buat Baginda Nabi. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari yang menyebutkan:

وَكَانَ يَخْلُو بِغَارِ حِرَاءٍ فَيَتَحَنَّثُ فِيهِ -وَهُوَ التَّعَبُّدُ- اللَّيَالِيَ ذَوَاتِ الْعَدَدِ قَبْلَ أَنْ يَنْزِعَ إِلَى أَهْلِهِ وَيَتَزَوَّدُ لِذَلِكَ، ثُمَّ يَرْجِعُ إِلَى خَدِيجَةَ فَيَتَزَوَّدُ لِمِثْلِهَا، حَتَّى جَاءَهُ الْحَقُّ

“Sesungguhnya Rasulullah bersendirian di Gua Hira (untuk beribadah) beberapa malam sebelum Baginda pulang ke rumah untuk bertemu dengan ahli keluarganya dan menambah bekalan untuk beribadah semula. Kemudian Baginda berjumpa semula dengan Khadijah, dan Khadijah menyediakan bekalan buat Rasulullah sama seperti sebelumnya, sehingga diturunkan kepada Baginda wahyu.” (HR al-Bukhari).

5. Lihatlah bagaimana indahnya kehidupan rumah tangga Nabi. Mereka adalah pasangan yang saling memahami dan saling membantu atas urusan kebaikan. Si isteri menyediakan bekalan makanan, dan si suami bukan sahaja pergi beribadah, malah kembali kepada keluarga dan membantu orang miskin.

6. Apa yang diungkapkan oleh pejuang liberal ini adalah satu fitnah buat Rasulullah. Baginda hanya digambarkan bersenang-senang sedangkan bukan ini yang berlaku pada hakikatnya.

Moga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Assalamualaikum WBT,
    Feminis ini tidak memahami Sirah Rasullullah SAW secara penuhnya…..beliau hanya pick up the “weak point” tanpa “di baca bersama/ di fahami bersam” point2 lain….sama-samalah kita berdoa agar Allah beri hdayah dan petunjuk kepada beliau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts