Food Delivery Services : Halal ke?

 

1. KETIKA negara sedang hangat dengan isu GoJek, seorang teman bertanya kepada saya tentang Food Delivery Services (FDS) menggunakan motosikal ini. Ada dua aspek; yang pertama; hukum bekerja sebagai rider, manakala kedua; status kehalalan makanan yang dihantar.

2. Setiap FDS provider ada operasi standard mereka sendiri. Untuk menentukan hukum, kita perlu memahami business model dan process flow perkhidmatan mereka.

3. Titik kritikal pada isu rider adalah; adakah rider muslim turut terlibat dalam beratur membeli makanan yang haram seperti babi dan arak? Adakah rider muslim perlu pergi ke restoren babi dan beratur menunggu hidangan babi disiapkan? Jika ya, upah yang diterima daripada tugas itu adalah haram. Justeru, saya cadangkan FDS provider block rider muslim daripada diberi tugasan seperti itu.

4. Manakala titik kritikal pada isu status halal makanan yang dihantar adalah; adakah makanan halal dan haram bercampur dalam satu beg yang disandang rider? Dari sudut syariah, makanan halal itu kekal halal selagi tidak memiliki kesan bau, rasa dan warna (smell, taste dan colour) makanan haram.

5. Dari sudut naluri manusia, adakah pelanggan mahu makan makanan yang diletakkan dalam satu beg yang mengandungi najis berat? Saya tak mahu.

 

 

6. Dari sudut undang-undang (Perintah Perihal Dagangan- Takrif Halal 2011), makanan halal itu tidak lagi menepati takrif halal, kerana penyimpanannya bercampur dengan makanan haram.

7. Timbul persoalan pada point 6, bagaimana jika makanan halal diletak dalam satu beg khas, manakala makanan haram diletak dalam satu beg khas, sebelum kedua beg tersebut diletak dalam beg sandang rider? Soalan ini perlu dijawab oleh pihak berautoriti yang menguatkuasakan undang-undang, iaitu KPDNHEP dan JAKIM. Pandangan saya, situasi ini masih dianggap sebagai ‘not segregated’.

8. Buat pengguna, apa hukum makanan non-halal certified yang dihantar FDS? Saya jawab begini; jika area anda itu tiada senarai restoren haram, maka makanan yang dihantar itu halal, sebab tiada percampuran berlaku. Namun, jika area anda tu ada senarai restoren haram, maka pilihlah makanan yang ada sijil halal saja, kerana makanan yang ada sijil halal adalah diasingkan penuh dari makanan yang tiada sijil halal.

9. FDS adalah satu sektor baru dalam industri Halal. Ia tak sama dengan lori pengangkutan. Banyak perkara perlu dipertimbangkan sebelum FDS mendapat pensijilan Halal. Pertimbangan itu hendaklah meraikan semua pihak, iaitu pengguna, rider, provider dan pihak berautoriti.

10. Lecehkah peraturan Halal? Sebagai muslim, kita patuh dan percaya penuh pada syariat. Ia adalah garis panduan Tuhan Yang Maha Mengetahui segala makhluk yang dicipta-Nya. Mustahil Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang itu menganiaya hamba-Nya.

Bilal Jailani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts