G25: Gerakan liberalisme paksa terima idea bertentang Islam

 

BANGI – Gerakan liberalisme di negara ini sama sekali tidak boleh dipandang ringan, demikian tegas Pengarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Khalif Muammar A Harris.

Beliau berkata, kelompok berkenaan akan sentiasa berusaha untuk mempromosikan idea-idea sekular dan liberal mereka. 

Bahkan, lebih membahayakan lagi, mereka memaksa negara dan umat Islam untuk menerima idea, konsep dan cara hidup yang bertentangan dengan Islam, kata Dr Khalif.

“Banyak bukti yang menunjukkan golongan ini tidak boleh dipandang ringan. 

“Islam yang mereka mahukan adalah ‘Islam’ yang liberal, yang menghalalkan perkara yang haram, yang ditegah oleh agama seperti murtad, perkahwinan sesama jenis, kebebasan melakukan dosa ‘peribadi’, zina, pelacuran dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

 

Semalam, media melaporkan, kumpulan G25 mengkritik undang-undang di Malaysia yang menghukum seseorang berlandaskan kesalahan agama yang dilakukan.

Mereka berkata, keputusan seorang Islam yang keluar daripada agama adalah urusan antara individu dengan tuhan dan tidak ada hukuman duniawi yang diperuntukkan dalam al-Quran.

Menerusi laporan bertajuk Perkara Pentadbiran Mengenai Islam, kumpulan bekas penjawat awam kanan berkenaan berkata, terdapat hukuman menerusi undang-undang negeri berhubung perbuatan murtad dan ia tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama.

Dr Khalif menegaskan, negara ini ada agamanya, ada muftinya, ada prinsip-prinsipnya yang telah berakar selama lebih seribu tahun. 

“Sebarang usaha untuk merombaknya akan menimbulkan huru- hara,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts