Ganjaran orang berinfak

FIRMAN Allah SWT ;

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Maksudnya: Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara rahsia atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.
(Surah al-Baqarah, ayat 274)

Mengenai ayat ini, Allah SWT menjelaskan tentang pahala orang-orang yang berinfaq serta pahala berinfaq dalam setiap keadaan dan waktu.

1. Barangsiapa yang bersedekah pada waktu malam atau siang hari, dengan cara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan (menjadi contoh kepada orang lain, bukan sebab riya’), dalam keadaan dirinya sendiri memerlukan atau tidak – maka baginya pahala yang sempurna di sisi Tuhan.

2. Maksud tidak ada ketakutan baginya ialah tiada ketakutan ketika menghadapi kedahsyatan hari Kiamat serta tidak pula takut dan khuatir terhadap keadaan anak-anaknya setelah dia meninggal dunia.

3. Maksud tidak pula mereka bersedih pula ialah tidak merasa sedih dan menyesali atas apa yang dia tidak mampu raih dari kehidupan dunia dan keindahannya. Ini kerana dia telah menjumpai apa yang jauh lebih baik daripada itu semua.

(Petikan daripada at-Tafsir al-Munir, tulisan Dr. Wahbah al-Zuhaili)

Majlis Ulama ISMA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts