Khalifah Umar Abdul Aziz pernah berpesan dalam khutbahnya :
ما أنعم الله على عبد نعمة ، فانتزعها منه ، فعاضه مكان ما انتزع منه الصبر ، إلا كان ما عوضه خيرا مما انتزع منه
Allah Taala tidak melimpahkan nikmat kepada seorang hamba, kemudian Dia mengambil semula nikmat tersebut darinya, dan menggantikan nikmat yang itu dengan kesabaran, melainkan apa yang diberinya (sabar) itu lebih baik daripada apa yang diambil darinya.
Kemudian Baginda Rahimahullah membaca potongan Surah Az-Zumar, ayat 10 :
إِنَّمَا یُوَفَّى ٱلصَّـٰبِرُونَ أَجرَهُم بِغَیرِ حِسَاب
Maksudnya “..Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”.
Menurut Ibnu Kathir, sebahagian ulama’ mentafsirkan perkataan “tidak terkira” (بِغَیرِ حِسَابࣲ) ialah seseorang itu memperolehi suatu kebaikan yang tidak terhitung jumlahnya iaitu syurga Allah SWT.
Oleh itu, pesan pada diri kita, andai kita mampu bersabar sedikit atas kesusahan dunia ini, Allah akan kurniakan syurga yang tidak ternilai di akhirat kelak.
Wallahua’lam Bissawab – MUIS
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM