Gendong ayah sempurnakan tawaf

BANGI, Rabu – Bilakah kali terakhir anda berbuat sesuatu untuk ibu atau ayah anda?

Benar, pengorbanan kedua-dua orang tua kita tiada tolok bandingnya, pengorbanan besar ibu bapa sememangnya tidak terbalas dengan wang ringgit.

Pada usia semakin uzur,  masa dan tenaga kita lebih diperlukan untuk berbakti kepada mereka.

Pada umrah awal tahun ini,  tular di media sosial mengenai seorang anak berpakaian ihram yang menggendong  ayahnya untuk menunaikan ibadah umrah.

Foto lelaki itu yang menggendong ayahnya mengundang rasa sebak sesiapa pun yang melihat.

Pengorbanannya menggunakan kekuatan diri yang dimiliki digunakan untuk membantu ayah yang berada di belakangnya untuk menyempurnakan ibadah tawaf mengelilingi Kaabah.

 Foto beliau yang tidak diketahui identitinya serta ayahnya banyak dikongsi orang ramai di seluruh dunia termasuk oleh media rasmi dua Masjid suci orang Islam Haramain Sharafain.

Bagaimanapun bila peristiwa itu berlaku tidak dinyatakan sebaliknya Haramain Info hanya menciapnya pada 16 Januari lalu.

Dalam situasi yang sama, pada April tahun lalu, satu video juga tular berhubung seorang anak yang mengencang ayahnya di atas bahu sambil berjalan untuk menyempurnakan  ibadah tawaf umrah  mengelilingi Kaabah.

Perbuatannya itu juga mendapat pujian daripada ramai netizen dan menyifatkan beliau seorang anak yang baik malah orang ramai turut mendoakannya.

Kisah ini mengingatkan kita mengenai pengorbanan seorang anak syurga Uwais Al Qarni, yang sanggup meyantuni ibunya walau apa sahaja permintaan wanita yang melahirkan beliau ke dunia.

Ibunya sangat berhajat menunaikan haji.

Uwais berusaha dengan membeli seekor anak lembu lalu membuat kandang di sebuah bukit.

Salam lapan bulan  Uwais menggendong anak lembu turun naik bukit, sehinggalah ototnya sudah kuat. Perbuatannya itu membingungkan orang ramai malah mengejek dia atas keanehan perlakunya.

Lantas setibanya musim haji,  Uwais menunaikan hajat si ibu dengan berangkat ke Tanah Suci.

Beliau menggendong ibunya dari Yaman ke Makkah untuk menunaikan rukun Islam kelima.

Di tanah suci, Uwais al Qarni dengan tegap menggendong ibunya wukuf di Arafah dan Tawaf di Kakbah.

Di depan Kaabah air mata ibunya tumpah.

Uwais lantas –  “Ya Allah, ampuni semua dosa ibuku.” – Tv Pertiwi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts