Gerakan songsang LGBT perlu dihalang, bukan diberi ruang

 

1. Dalam bidang perubatan sekiranya terdapat penyakit berjangkit tersebar, mereka yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa akan menjalankan dua perkara, pertama dia akan melakukan rawatan terhadap mereka yang telah dijangkiti dan kedua dia akan melakukan pencegahan sebagai contoh dengan dengan memusnahkan tempat-tempat pembiakan vektor penyakit, isolasi serta mewajibkan vaksin kepada rakyat bagi memastikan ia tidak menjadi wabak yang tidak terkawal.

2. Dalam bidang pertanian juga perkara sama dilakukan konsep rawatan dan pencegahan berjalan selari, apabila biji benih ditanam, sebarang kerosakan pada benih atau pokok perlu diberikan rawatan, tetapi dalam masa yang sama terdapat kaedah-kaedah pencegahan yang turut digunakan bagi mengelak penyakit pada tumbuh-tumbuhan yang ditanam berjangkit kepada pokok-pokok yang lain.

3. Begitu juga halnya dalam menangani penyebaran ideologi songsang seperti LGBT, liberalisme, pluralisme, syiah dan lain-lain. Kita tidak boleh berpada hanya dengan tindakan merawat dan mendidik mereka yang telah terjebak dengan ideologi-ideologi sesat tersebut tetapi kita juga perlu mengambil langkah pencegahan dengan menghapuskan pusat-pusat penanaman ideologi oleh agen-agen LGBT serta menggunakan kuat kuasa undang-undang kepada individu dan gerakan yang menyebarkan fahaman-fahaman tersebut bagi memastikan ia tidak menjadi wabak yang menular di dalam masyarakat.

4. Rawatan mungkin mengambil masa yang lama yang berkemungkinan berjaya ataupun tidak. Sekiranya pencegahan tidak dilakukan wabak LGBT ini akan boleh menghancurkan keseluruhan generasi masyarakat akan datang kerana secara asasnya hendak menghancurkan sesuatu lebih mudah dari membina sesuatu. Begitu juga halnya dengan ideologi songsang yang lain.

5. Gerakan songsang LGBT adalah wabak yang menular di dalam masyarakat. Ia perlu dihalang, bukan diberi ruang. Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas mengikut kuat kuasa undang-undang bagi menghalang ia terus menular dan merosakkan identiti serta budaya masyarakat.

Ustaz Mus’ab Norkefli

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts