GIFF2018: Majukan VBI, kukuhkan kewangan Islam

 

FORUM Kewangan Islam Global (GIFF2018) bertemakan ‘Beyond Profit’, dijadualkan berlangsung pada 3 dan 4 Oktober ini di Kuala Lumpur.

Forum yang menghimpunkan para pemimpin kewangan Islam dan pakar dalam bidang ini akan membincangkan aspek memajukan intermediasi berbasis nilai (VBI) di dalam membangunkan ekosistem kewangan Islam global yang lebih inklusif.

Pengerusi Penganjur GIFF2018 yang juga Timbalan Presiden Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM), Rafe Haneef berkata, pengenalan Kertas Strategik VBI oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2017 menandakan peristiwa penting dalam merealisasikan potensi kewangan Islam dan meletakkan Malaysia di barisan kepimpinan perbankan Islam di seluruh dunia, dengan matlamat mengukuhkan peranan dan kesan institusi perbankan Islam (IBI) ke arah ekosistem kewangan yang mampan.

“Penggunaan VBI sebagai tema GIFF kali ini adalah tepat memandangkan peranan utamanya dalam mendorong pembangunan industri kewangan Islam. GIFF2018 adalah platform yang kuat untuk membincangkan dan memberi pandangan bagaimana VBI berpotensi menjadi pemacu industri kewangan Islam ke peringkat pertumbuhan seterusnya, sambil memberi kepentingan yang sama kepada sosial, etika dan pertimbangan alam sekitar terhadap penciptaan nilai mampan.

“Penerapan amalan VBI akan menghasilkan pemulihan keusahawanan yang lebih baik, komuniti kesejahteraan, persekitaran mampan dan pertumbuhan ekonomi yang sangat banyak sejajar dengan tumpuan pemegang saham terhadap pulangan jangka panjang yang mampan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank, CIMB Group ini juga menambah, kad skor VBI akan dilancarkan pada GIFF2018. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts