KUALA LUMPUR – Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menuntut parti politik memilih individu Muslim berwibawa sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Serentak itu GPS menggariskan lima kriteria calon Muslim berwibawa sebagai garis panduan kepada semua parti politik di negara ini.
Antara ciri-cirinya adalah:
– Mengangkat agenda Islam dan aspirasi Perlembagaan di Parlimen
– Memperjuang agenda Bumiputera
– Berintegriti, cekap dan mahir dalam urus tadbir
– Bebas dari pengaruh asing dan mempunyai agenda ummah dan perpaduan rakyat.
– Mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara Tamadun Melayu
Lima kriteria ini diumumkan ketika sidang media Himpunan Pengundi Sedar di Kelab Sultan Sulaiman petang semalam. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)