Konstantinopal telah dibuka oleh Sultan Muhamad al Fateh pada 1453.
Hagia Sofya telah dibeli dengan duit Baginda dan diwakafkan untuk kegunaan umat Islam sebagai sebuah masjid. Ia adalah sah menurut undang-undang di zamannya.
Hagia Sofya berfungsi sebagai masjid selama kira-kira 500 tahun sehinggalah Daulah Uthmaniyah dijatuhkan oleh Kemal Ataturk.
Hagia Sofya telah diubah menjadi muzium pada November 1934, menjadikannya sebagai lambang kepada Istanbul sebagai kota sekular.
Baru-baru ini Erdogan, Presiden Turki berjaya mengembalikan status Hagia Sofya sebagai masjid sebagaimana diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Turki dan bakal diimarahkan sebagai masjid mulai 24 Julai 2020.
Erdogan berkata bahawa kejayaan ini adalah pemangkin kepada pembebasan Masjid al Aqsa daripada jajahan zionis Israel.
Mari kita tingkatkan usaha dan doakan bersama agar hasrat mulia ini bakal menjadi kenyataan suatu ketika nanti.
Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)