Hagia Sophia mungkin menjadi masjid semula: Erdogan

 

ANKARA – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan bangunan ikonik, Hagia Sophia di Istanbul yang telah dijadikan muzium sejak 1935 mungkin akan dibuka semula sebagai masjid.

“Kami mungkin akan mengubah namanya kepada Masjid Hagia Sophia. Ia bukan cadangan yang pelik. Kita mungkin akan mengambil langkah itu,” katanya ketika wawancara stesen penyiar TGRT.

Sejak beberapa tahun lalu, gesaan semakin meningkat untuk menjadikan Hagia Sophia sebagai masjid semula. Namun, Mahkamah Tinggi Turki menolak permintaan untuk membuka semula bangunan purba itu sebagai masjid.

Ia dibina sebagai gereja Ortodoks pada tahun 537 ketika Konstantinopel menjadi tempat kelahiran Empayar Byzantine dan dilihat sebagai salah satu keajaiban Zaman Pertengahan dengan lambang seni bina Rom.

Selepas penaklukan Empayar Turki Uthmaniyyah yang dipimpin Sultan Mehmet pada 1453, ia telah ditukar menjadi masjid sehingga 1935 apabila visi sekular Mustafa Kemal Ataturk menukarkannya kepada muzium dan dibuka kepada orang ramai.

Pada 2015, seorang ulama membaca al-Quran dalam bangunan yang diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO itu buat pertama kali dalam tempoh 85 tahun. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts